Cute Pink Flying Butterfly

Sunday, 8 January 2012

βαβ ЅαТū [рαяГ 1]



*********

Dari jauh kelihatan seorang gadis bertudung litup, mengayuh basikalnya dengan tenang. Angin bertiup sayu menyegarkan tubuhnya di pagi hari. Matahari masih lagi menyembunyikan diri walaupun waktu sudah hampir 11 pagi. Seakan-akan memberi peluang kepada gadis tersebut mengayuh di bawah cuaca yang redup lagi sejuk. Syukran. Awan berarak seolah-olah mengikutinya sepanjang perjalanan. Dengan kelajuan sederhana, gadis itu sampai ke destinasinya hanya dalam 20 minit je. 


"Asalamualaikummmm.. Mak Jahhh! ooo Mak Jahhh...assalamualaikummmm...~haishh , mana Mak Jah nie? dah banyak kali aku jerit termasuk kali ni takkan still tak dengar lagi?? .. hufff! ". rungutnya sambil menjerit, matanya ligat mengintai rumah yang agak usang milik keluarga Mak Jah, mencari-cari kelibat orang tua itu. Sedar tak sedar, dah hampir 10 minit gadis itu tercongok depan rumah Mak Jah sambil terjerit-jerit macam orang 'putus wayar' jer.. ! Pelik, asal pintu rumah Mak Jah tertutup rapat ekk? Entah-entah tak bangun lagi kott ?
 "Hhhhmmm..gayanya macam mintak aku pakai plan B jer? Ok takpe, Mak Jah tunggu je laa ..!! " Aziyan tersenyum lebar mambayangkan plan nya akan berhasil. 1 2 3 !! kringgggg..! kringgggg!! kringggg!!! kringggggg!!!!!

"Nurul Aziyan, Mak Jah masih belum pekak lagi, jadi tak payah la sampai nak pakai 'hon antik' awak tu....." entah dari pelusuk mana Mak Jah muncul, tau-tau je ada orang tegur sampai terkejut Aziyan dibuatnya. Hon antik yang dimaksudkan Mak Jah tu bukannya hon kereta lama tapi loceng basikal pattern lama milik gadis yang bernama Aziyan. 
"Mak Jah!! ape Mak Jah nie, terkejutkan yan pulak! nasib baik yan takde sakit jantung, kalau tak yan dah lama pengsan tau! lagi sa....". belum sempat Aziyan menyambung kata-katanya, Mak Jah lebih cepat membidas. 
"Habis tu yang kamu dok terjerit-jerit depan rumah orang tu takpe pulak? ". soal Mak Jah sambil menahan tawa..niat dihati mak jah bukan ingin melawan, tapi saje hendak kenekan Aziyan yang terkenal dengan sifat pantang diusik dan pantang menunggu tu..Mereka berdua memang sudah akrab sejak dulu lagi. Seluruh penduduk kampung sudah maklum dengan keakraban mereka berdua, malah ada yang anggap mereka berdua seperti mak dan anak.
"Ok, Mak Jah menang, Yan kalah .. puas hati Mak Jah? " balas Aziyan berbaur keluhan sambil turun lalu menongkat basikalnya.
"Ni yang Mak Jah tak suka ni, kamu cepat sangat mengalah. Yann, sebagai seorang manusia, kita tak boleh cepat mengalah sebab bla bla bla bla... " 
"Choppp!! dah dah dah! cukup setakat tu je, Yan datang sini bukan nak dengar ceramah la Mak Jah , hadoyyyai.. " 

Hmm, kali ni Mak Jah pulak yang menunjukkan kelebihan dia. Mak Jah ni memang pandai dalam bab-bab meleter, semua orang cukup tahu dengan sifat Mak Jah yang agak menjengkelkan ni. Namun kadang-kadang mereka jugak senang bila bersama Mak Jah sebab dengan adanya Mak Jah, sedikit sebanyak dapat memecah kesunyian mereka.
"Yela-yela, eh Mak Jah belum jawab salam kamu kan? err waalaikumsalam.." seloroh Mak Jah tanpa segan silu.
"Macam-macam la Mak Jah ni.. hmm Mak Jah, semalam Yan ada mintak keje kat KL, jadi kompeni tu ada mintak nombor rumah, tapi Yan kan tak pakai nombor rumah, so Yan bagi la diorang nombor rumah Mak Jah.. hmm takpe kan? lagipon mak jah sorang je yang sanggup tolong Yan, betul takk?? hehe " akhirnya segala tanda soal dalam otak Mak Jah menemukan tanda samadengan, alaa yang orang putih cakap 'equel to' tuu ..
"Dan sebab tu la Yan datang ni, nak konferm ngan Mak Jah..Mak Jah ok kann?? " sambung Aziyan lagi tanpa menghiraukan Mak Jah yang baru nak memulakan 'hujahnya' itu. Bagi Yan cara yang terbaik sebelum Mak Jah berleter adalah dengan memotong cakap orang tua tu, kalau tak dipotong alamat panjang berjela-jela laa ceramahnyaa..pernah pada satu ketika dulu, Yan diberi latihan karangan oleh cikgu BM nya, disebabkan Aziyan ni budak suam-suam ajer, dia tak dapat langsung idea nak tulis karangannya tu,.petang tu dia dapat satu idea, 'hah, Mak Jah kan ada..konferm dia boleh tolong aku!! yessssss!! idea yang bijakkk..' petang tu jugak dia pergi dapatkan Mak Jah. Tekaannya memang tepat sekali, Mak Jah memang membantu,.apa yang Mak Jah cerita semuanya dicatit, Aziyan tak payah lagi nak bersusah payah memerah otak tuk cari idea, tinggal edit sikit-sikit je apa yang Mak Jah cakap. Bagus kan idea anak dara a.k.a anak tunggal sepasang suami isteri bahagia, Mak Temah dan Pak Deris nie?? memang tak dinafikan yang Mak Jah nie banyak betul pengetahuan dia,.lagi luas pengetahuan dia lagi banyak modal dia nak berleter! 

"Hmmm, Mak Jah ok jer, tapi bila ketikanya kamu pegi KL mintak keje? Mak Jah perasan kamu 24 jam memerap je kat rumah kan?" akhirnya mak jah berpeluang tuk bersuara.
"Apa la Mak Jah ni, memang la Yan tak pergi sampai ke KL, Yan mintak pakai internet jer..minggu lepas Yan ada keluar pergi pekan, haa masa tu la Yan ambik kesempatan pergi cybercafe." terang gadis itu bersungguh-sungguh.
"Ohhh, patutlah..kamu mintak keje apa kat sana?" tanya Mak Jah sambil memulakan langkah masuk ke dalam rumah. Cuaca pada pagi itu yang mula membahang memaksa Mak Jah untuk mencari tempat berteduh. Lagipula mak jah dah tak larat lagi nak membimbit beg plastik yang banyak lagi berat, almaklum laa baru balik dari kedai.. Namun tidak pulak dia mempelawa Aziyan masuk bersamanya kerana dia tahu tanpa mengajak, gadis itu dengan sendirinya akan masuk. Aziyan pulak hanya membuntuti Mak Jah tanpa menghiraukan persoalan Mak Jah tadi. Sengaja dia tidak membalasnya.dibiarkan orang tua itu menunggu.
"Yan mintak ajer, tak tahu pulak nanti kompeni tu nak bagi keje apa..pegawai kompeni tu cakap, diorang memang nak pakai pekerja, tapi tak tahu la pulak jawatan apa yang diorang maksudkan tu.." setelah diam agak lama Aziyan akhirnya menjawab persoalan Mak Jah tadi sambil melabuhkan punggung atas kerusi kayu teguh di dapur masak milik Mak Jah. Mak Jah pulak sudah mula dengan aktiviti hariannya iaitu memasak.

"Hmm, kenapa kamu nak keje kat KL? lagipun kamu tak takut ke nak tinggal sorang-sorang kat sana? mak ayah kamu pulak macam mana? diorang tak larang ke? makan minum kamu sapa nak jaga?" bagaimana tangannya ligat memotong sayur begitu juga la mulutnya yang petah ber'potpet'. Kadang-kadang orang kampung sendiri jadik bengang dengan perangai warga emas yang sorang ni. haha
"Mak Jah..Mak Jah.. kalau mak ngan abah tak bagi, Yan takde kat sini tau jumpa Mak Jah.. Buat penat Yan jer..hihihi " kini giliran Aziyan pulak tuk menyakat Mak Jah. Dia tahu yang mak jah takkan terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab mak jah tu spoting untie.,kekekke
"Yelaa sape la kita kan di mata duniaaa ni..huhu Mak Jah redha ..". memang queen of drama la Mak Jah ni.
"Mak Jah memang bukan sapa-sapa di mata dunia, tapi Mak Jah ibarat mak kedua di mata Yan.." tegas Aziyan sambil memerhati tangan Mak Jah yang lincah memotong sayur. Sayur apa pun Aziyan tak tahu. Sebab dia bukannya kaki masak. Jarang dia nak bertanya kan maknya soal-soal masak memasak ni.
"Ecececehhh, yela tuu..time susah baru datang jumpa Mak Jah, kalau time senang, lubang hidung pon payah nak nampak"
"Mana ada arr , selalu apa Yan datang sini lepak-lepak ngan Mak Jah.." nafi Aziyan.
"Eh ada ke? hmm Mak Jah tak perasan la pulak.hihi" . Aziyan hanya mampu menjuihkan bibirnya tanda protes! 
"Hmmm Mak Jah! kalau kompeni tu talifon, cepat-cepat Mak Jah bagitau Yan ek apa dia nak..Yan nak sangat keje kat sana. Boleh carik pengalaman baru.." pinta Aziyan dengan nada yang sedikit merayu.
"InsyaALLAH Yan. Tapi kamu tinggal dengan sapa kat sana nanti?" tanya Mak Jah tanda keprihatinannya terhadap Aziyan sambil mencuci sayur-sayur yang dah dipotong tadi dalam sinki. Bunyi desiran air yang kuat memaksa yan meninggikan sikit volume suaranya.
"Hmm kalau Yan dapat keje kat sana nanti, maybe Yan akan tinggal dengan sepupu Yan, anak paksu. Nama dia Nora. Dia yang offer Yan keje kat sana. Sebab tu la mak ngan abah tak larang Yan pergi keje kat KL tu. Lagipon dia memang tengah carik housemate sebab tak mampu nak bayar sewa sensorang..Mak Jah sendiri tahukan hidup kat KL serba-serbi mahal.." keluh Sziyan. Memang benar katanya ituu. Hidup di KL memang susah sikit. Kena pandai jaga diri dah tu kos sara hidup kat sana pulak mahal-mahal belaka. 
"Macam tu rupanya..haa yelah, nanti kalau kompeni tu talifon, Mak Jah bagitau ke kamu..ehh, kamu nie tak tolong mak kamu masak ker? rasanya dah lama kamu kat sini?" tegur Mak Jah.
"hehe alaa Mak Jah nie, macam tak paham-paham pulak..kalau Yan ada kat rumah pon bukannya Yan tolong sebab Yan kan tak suka memasak..!" kalau korang nak tahu, ni la perangai buruk Aziyan. Dia memang tak suka memasak. Tak tahu la sape yang malang kene kahwin dengan dia nanti. ish3
"Sudah-sudah, sekarang jugak Mak Jah nak kamu balik tolong mak kamu apa yang patut. Kalau takk, Mak Jah taknak angkat talifon dari kompeni uhh..." ugut Mak Jah. 
"Alaaa yela-yela, Yan balik ni..Mak Jah jangan la cenggini, kalau Mak Jah tak tolong Yan, sapa lagi yang nak tolong Yan..hhuhu.." rungut Yan sambil memujuk Mak Jah. Dia tahu, Mak Jah sekadar bergurau je tu, namun dia tak nak gurauan menjadi serius, maka dari itu dia menurut apa saja kata Mak Jah.
"Bagusla tuu.." balas Mak Jah pendek. Mak Jah sedang menggoreng sayur dalam kuali sempat megerling ke arah Aziyan. Mencari keikhlasan di wajah mulus gadis muda itu. Aziyan pulak sudah bersiap-siap untuk pulang.

"Mak Jah, Yan balik dulu ye..ada masa jumpa lagi..terima kasih sebab sudi tolong Yann..Yan sayang Mak Jahh ! hehe." jerit Aziyan yang kini sudah pun berada di basikalnya yang diletakkan berdekatan dengan pintu dapur Mak Jah. Mak Jah hanya mampu tersenyum melihat gelagat Aziyan yang kadang-kadang nampak seperti keanak-anakan itu.
"Yelahh, hati-hati bawak basikal tu yaa..!" pemergian Aziyan diiringi dengan gelak tawa Mak Jah yang masih bersisa tu.